Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Friday, May 21, 2010

Usul dan Cadangan - Part 2

Bahagian Hal Ehwal Murid

1. Salah guna kuasa pengawas percubaan sesi petang.
Tindakan : Telah diambil oleh pihak sekolah.

2. Tandas kotor dan busuk. Perlu dicuci lebih kerap.
- Pn. Siti menjelaskan pihak sekolah telah mengambil tindakan seperti yang dibincang dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke-5 sesi 2009/2010 di mana pekerja dibayar upah tambahan untuk mencuci tandas dengan kadar yang lebih kerap.
Tindakan : Telah diambil oleh pihak sekolah dengan pihak PIBG bersetuju untuk membayar bayaran tambahan kepada pekerja am sekolah.

3. Lebih banyak tandas dibuka
Tindakan : Telah di ambil tindakan

4. Kekurangan tandas perempuan. Kedudukan tandas yang jauh menyebabkan para pelajar mengambil masa yang panjang untuk bergerak ke tandas.
Tindakan : Telah di ambil tindakan

5. Harap pihak sekolah dapat menyediakan sabun pencuci tangan
Tindakan : Telah di ambil tindakan

6. Pihak ibu bapa mengumpul dana untuk menggaji pekerja tambahan mencuci tandas
Tindakan : Telah diambil oleh pihak sekolah (rujuk perenggan 4.2.2)

7. Sekolah menyediakan mesin “water cooler” atau mesin minuman sebagai kemudahan kepada para pelajar.
- En. Bala dan En. Gan menyatakan mesin “water Cooler” adalah tidak sesuai dipasang kerana sekiranya mesin ini tidak diselengara dengan baik ia akan menimbulkan masalah kesihatan dan dipersetuju oleh beberapa AJK yang lain.
Tindakan : Para AJK bersetuju untuk tidak memasang mesin “water cooler “ di sekolah

8. Menyediakan mesin menjual sanitary pad.
- Pn. Siti menjelaskan berdasarkan pengalaman dari sekolah-sekolah sekitar, mesin ini mudah rosak selain masalah vandelisma pelajar.
- Namun beliau turut menjelaskan pihak sekolah sememangnya ada menjual “sanitary pad” melalui guru kaunseling.
Tindakan : Para AJK bersetuju mesin tersebut tidak akan dipasang di sekolah . Namun begitu pihak sekolah harus memastikan murid mendapat maklumat untuk membeli daripada guru kaunseling.

9. Pusat sumber dalam keadaan busuk dan berbau
- Pn. Nancy sebagai wakil PIBG telah membuat tinjauan ke Pusat Sumber sekolah dan beliau mendapati Pusat Sumber berada dalam keadaan yang baik dan bersih. Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan Pusat Sumber berbau busuk adalah tidak benar.
- Selain itu beliau turut memaklum kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan seperti memasang pagar keselamatan untuk bilik tayangan (RM 1600 ) dan juga membuat “skirting” untuk meja bacaan.
Tindakan : Makluman

10. Pusat sumber kekurangan buku
Tindakan : Pihak PIBG telah memesan buku-buku yang keseluruhannya berjumlah RM3792.52 untuk diletakkan sebagai bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah.

11. Kesesakan lalu lintas ketika naik ke sekolah pada waktu puncak akibat daripada ibu bapa terutamanya dari SJKC meletakkan kenderaan sesuka hati di kiri dan kanan jalan.
- Pn. Pengetua menjelaskan, pihak sekolah telah meminta pasukan BOMBA dan penyelamat untuk menganalisa perkara ini dan pasukan BOMBA dan Penyelamat telah membuat rumusan laluan tersebut adalah laluan yang tidak sesuai untuk diletakkan kenderaan. Pihak BOMBA menjelaskan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di sekolah pihak BOMBA dan penyelamat akan mengalami kesukaran untuk naik ke kawasan sekolah kerana, jentera BOMBA tidak akan dapat melalui jalan tersebut jika ada kenderaan diletakkan. Ini akan menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas seterusnya mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan warga SMKBSD1.
- Para AJK turut bersetuju tentang perkara ini. Selain mengganggu ketenteraman ia juga mengancam keselamatan warga sekolah terutamanya murid-murid.
- Para AJK sebulat suara memutuskan tindakan-tindakan yang akan diambil seperti:
1. Tn. Syed dan En.Gan sebagai wakil PIBG manakala En.Yeow dan En. Mansor sebagai wakil SMKBSD1 untuk berbincang dengan pihak SJKC. Perbincangan adalah berkenaan hal meminta pihak SJKC untuk menutup pagar ketiga mereka dan juga kawasan naik ke SMKBS1 akan dijadikan kawasan larangan meletakkan kenderaan dan papan tanda peringatan akan dinaikkan. Palang akan dipasang supaya tiada kenderaan dibenarkan naik kecuali kenderaan guru dan juga ketika hari hujan.
2. Minit mesyuarat ini akan dibawa oleh wakil PIBG untuk disahkan oleh PPD.
3. Setelah mendapat pengesahan dari pihak PPD, palang akan dibina di jalan naik ke sekolah.
Tindakan: Seperti yang dinyatakan

12. Mohon bina jejantas
Tindakan : Para AJK bersetuju bahawa perkara ini adalah diluar bidang kuasa PIBG atau Pihak Sekolah. Namun En. Bala akan cuba membawa perkara ini ke Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Sri Damansara.

13. Mohon berbincang dengan SJKC untuk mereka menutup pagar ketiga untuk mengurangkan kesesakan lalulintas
Tindakan : Rujuk perkara 4.2.11

14. Harap bilangan telefon awam duit syiling ditambah dan dapat berfungsi dengan baik.
Tindakan : Pihak sekolah membuat surat permohonan dan akan disampaikan oleh Tn. Syed kepada pihak Telekom.

15. Pembinaan jalan berbumbung ditambah sehingga ke jalan utama
- Pn. Nancy menyatakan anggaran kos bagi pembinaan jalan berbumbung tersebut dari pagar sekolah hingga ke pagar utama sahaja kira-kira RM39,000.
Tindakan : AJK PIBG akan cuba mendapatkan anggaran kos daripada beberapa kontraktor.

16. Harga makanan mahal
Tindakan : Pihak sekolah telah menjalankan kajian rambang terhadap murid-murid dan mendapati harga makanan adalah berpatutan.

17. Sediakan sabun cuci tangan di sinki
Tindakan : Telah diambil tindakan oleh pihak sekolah.

18. Mansuhkan yuran-yuran tidak berkaitan
Tindakan : Pihak sekolah menyatakan semua yuran adalah berkaitan.

No comments:

Post a Comment