Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Thursday, April 22, 2010

Budaya Hedonisme Binasakan Masa Depan

Oleh ZUARIDA MOHYIN - Utusan Online (20.04.10)
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN
Iman menjadi benteng kepada anasir yang meruntuhkan akhlak - Gambar Hiasan
--------------------------------------------------------------------------------
MUDA hanya sekali... Itulah yang selalu dipegang oleh segelintir daripada kita, waima lelaki, perempuan, tua mahupun muda.

Lantas yang berfikiran pendek, mereka sanggup mencuba apa sahaja, waima membelakangkan syariatullah dan sunnatullah. Yang pasti, matlamat mesti dikota.

Pun begitu, masih ramai juga yang tidak melupakan kehidupan kekal selepas kematian. Lalu berusaha memperoleh kedua-duanya sekali.

Maka, mereka inilah orang-orang yang beruntung di dunia dan di akhirat. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat-menasihati dengan kesabaran. (al-'Asr: 1-3)

Ayat ini secara tidak langsung menjelaskan bahawa menghargai zaman muda bererti menghargai masa. Di samping itu, pesanan Allah SWT tentang keberuntungan bagi mereka yang menjaga masanya dan memanfaatkan masa hidupnya dengan perkara-perkara yang membawa kepada kebaikan.

Lantaran itu, tidak hairanlah kalau kita terbaca atau diberitahu tentang kisah Imam Syafie yang telah menghafal al-Quran pada usia sembilan tahun. Setahun kemudian pula berjaya menghafal isi kitab Al Muwatha' karangan Imam Malik yang berisi 1,720 hadis dengan sempurna.

Malah bukan itu sahaja, kehebatan generasi muda Islam terdahulu juga terbukti menerusi pencapaian Usamah bin Zaid menjadi panglima perang seawal usia 18 tahun.

Muhammad bin Qasim pula memperoleh kedudukan serupa pada usia beliau 17 tahun. Sementara Tharafah bin Al Abdu Syahid pada usia 26 tahun.

Persoalan besar timbul ialah ke manakah hilangnya wawasan belia hari ini? Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan belia. Hal ini tentunya mengundang rasa bimbang dan gusar di kalangan ibu bapa, masyarakat serta pemimpin negara.

Justeru Rasulullah SAW berpesan kepada semua golongan belia agar dapat memanfaatkan umur dan masa muda dengan sebaik-baiknya. Diriwayatkan oleh imam at-Tirmidzi yang bermaksud: Rasulullah SAW bersabda kepada seorang lelaki yang dinasihati baginda. "Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, senangmu sebelum susah dan hidupmu sebelum mati."

Berdasarkan hadis ini, belia yang cemerlang adalah yang memanfaatkan masa dengan betul seperti berusaha menuntut ilmu, berbuat kebaikan dan paling penting memantapkan diri dengan iman dan takwa.

Dengan iman dan takwa, jati diri belia dapat dipertingkatkan dan menjadi mantap. Sekali gus, tidak mudah goyah oleh anasir-anasir dan gejala-gejala yang merosakkan jiwa, minda, akidah dan akhlak seperti penyalahgunaan dadah, minum arak, zina, merempit, ajaran sesat, bersekedudukkan dan sebagainya.

Menurut Jabatan Perangkaan, jumlah golongan belia di negara ini pada tahun 2008 mencecah seramai 16 juta orang.

Belia adalah harta yang amat berharga serta tonggak dan kekuatan masa depan negara. Mereka juga adalah pewaris kepimpinan negara dan kesinambungan umat di masa hadapan.

Justeru, adalah perlu golongan belia ini diasuh, dididik dan dibimbing ke jalan yang benar dan diredai Allah SWT sehingga mampu menjadi generasi yang boleh diharap dan dibanggakan iaitu belia yang beriman, berilmu, beramal dan berakhlak mulia.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mohammad Nidzam Abdul Kadir menegaskan, fenomena runtuh akhlak ini seandainya tidak dibendung secara berhikmah, sudah pastinya menjadi barah dan seterusnya memusnahkan bangsa dan agama.

Katanya, perkara paling asas ialah membetulkan kefahaman akidah dan memantapkannya.

Abdullah ibnu Umar diriwayatkan berkata, bahawa generasi mereka diberikan iman sebelum menerima al-Quran. Namun hari ini, generasi kita sarat dengan maklumat dan ilmu, namun jiwanya hampir kosong daripada iman. Al-Quran adalah kitab hidayah kepada golongan beriman dan bertakwa.

"Dalam wasiat Nabi SAW kepada Muaz ketika diutus ke Yaman, pesanan nabi ialah agar seruan kepada iman dan kemantapan akidah. Apabila sudah mantap, barulah diberitahu tentang kewajipan solat. Ini satu pedoman Nabi SAW dalam berdakwah dan mendidik.

"Terdapat pemikiran segelintir Muslim yang tidak cuba menghalang gejala negatif ini, sebaliknya mencadangkan alternatif kononnya lebih selamat. Pemikiran ini seolah-olah menghalalkan zina dan seks bebas dengan syarat mesti selamat. Ini suatu pemikiran yang jauh daripada Islam," ujar beliau kepada Mega, baru-baru ini.

Tambah Mohammad Nidzam, meskipun telah banyak penjelasan diberi berkaitan peranan dan harapan yang diletakkan kepada golongan muda, remaja masih tidak sedar kepentingan menghargai usia emas mereka.

"Mereka sibuk berseronok-seronok, muda hanya sekali dan sebagainya. Bila mereka sedar? Mungkin ketika terkandas dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), mungkin ketika usia sudah hampir 30 tahun dan sebagainya. Maknanya peluangnya untuk membaiki dan meningkat kualiti diri sudah kurang atau terhad," tegas beliau.

Menurut Mohammad Nidzam, jika pemikiran remaja hari ini rosak, maka anak mereka akan lebih teruk. Jika remaja hari ini melihat menutup aurat bukan kewajipan, generasi anak mereka tidak akan malu lagi untuk memakai bikini.

"Oleh itu, remaja perlu bijak menghargai dan memanfaatkan usia remaja. Islam tidak melarang kita untuk berseronok tetapi hendaklah ada tahapnya. Ikut syarak," katanya yang teringat satu syair Arab, "Jika kekal akhlak mulia, maka kekallah bangsa atau negara tersebut. Jika akhlak rosak, maka hancurlah negara".

Hakikatnya, jelas Mohammad Nidzam, Islam menghargai semua lapisan umur. Ada hadis menyatakan agar pemuda menghormati insan yang lebih tua.

Dengan berbuat demikian, apabila dia tua nanti akan ada para pemuda yang menghormatinya pula. Itulah putaran hidup.

Katanya lagi, Nabi SAW menggunakan kekuatan dan semangat para pemuda dalam usaha dakwah. Ali ibnu Abi Talib adalah pemuda yang sanggup mengorbankan nyawa demi Islam.

Begitu juga, Musa'b ibnu U'mair, A'mmar ibnu Yasir, Bilal ibnu Rabah dan banyak lagi watak di zaman Nabi SAW adalah pemuda. Mereka dididik dalam madrasah nabawi.

"Para pemuda pada zaman nabi ada yang tergelincir. Namun ia diperbetulkan dengan baik dan berhikmah. Ada pemuda yang ingin berzina dan meminta izin Nabi untuk berzina. Kalau kita hari ini, mungkin kita akan mengumpat dan mengata macam-macam. Namun Nabi SAW dengan sabar mendidik agar ia benci kepada zina.

"Sebab itulah saya melihat usaha menyeluruh bagi menangani masalah ini adalah perlu. Antaranya, memantapkan lagi undang-undang Islam termasuk hukum hudud. Allah menjanjikan pencegahan jika ia dilaksanakan.

"Di samping itu, segala tindakan umat Islam semestinya dipandu dengan syariat Islam. Islam bukan sekadar untuk dibacakan doa sahaja, tetapi Islam mestilah diangkat, dimartabatkan dan didaulatkan," tegasnya.

Pun begitu, pada dasarnya Islam mengharuskan hiburan kerana ia menjadi sebahagian daripada fitrah kehidupan manusia.

Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan daripada Aisyah r.a yang bermaksud: "Sesungguhnya Abu Bakar masuk kepadaku, sedang di sampingku ada dua gadis hamba daripada orang Ansar sedang menyanyi dengan nyanyian yang dinyanyikan oleh orang Ansar pada hari peperangan Bu'ath. Aku berkata, kedua-dua orang ini bukanlah penyanyi. Abu Bakar berkata, adakah di rumah nabi ini terdapat serunai syaitan? Sedangkan pada hari ini adalah hari raya Aidilfitri. Rasulullah bersabda: Wahai Abu Bakar, sesungguhnya setiap kamu ada hari rayanya dan ini adalah hari raya kita". (riwayat Ibnu Majah)

Namun, kecenderungan yang berlebihan kepada kesenangan dan hiburan menjadikan manusia alpa dan lalai dengan tipu daya dunia.

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Jawatankuasa Pembangunan Remaja & Belau, Kelab Remaja Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Mohd. Hafiz Abd. Hamid mengakui, dunia Islam menghadapi pelbagai cabaran yang boleh menghancurkan nilai-nilai rohaniah.

Apatah lagi, tanpa benteng akidah yang konkrit dan akhlak sebagai pendinding, nescaya umat Islam tidak mampu menghadapi serangan musuh dari pelbagai sudut.

"Dalam membincangkan kerangka hedonisme, sudah pastilah unsur keseronokan dan kegembiraan merupakan intisari penting dalam aliran tersebut.

"Manusia dikatakan hidup bahagia apabila mereka mencapai klimaks keseronokan dan kegembiraan di tahap yang paling tinggi dan cuba mengelakkan elemen-elemen yang mendatangkan kesedihan dan kesukaran," katanya.

Menurut Mohd. Hafiz, yang sebenarnya, budaya hedonisme jauh menyimpang dengan ajaran agama Islam yang kaya dengan nilai-nilai luhur yang terpuji.

Apa yang jelas budaya tersebut bertentangan dengan akidah Islam kerana ia bertuhankan nafsu.

"Ali Syariati, seorang ulama terkemuka Timur Tengah pernah berkata, tentangan terbesar bagi remaja Muslim masa ini adalah budaya hedonisme (kesenangan adalah hal yang paling penting dalam hidup) yang seolah sudah mengurat nadi," jelasnya.

Oleh itu, tegas Mohd. Hafiz, petunjuk dan garis panduan yang ditetapkan oleh Islam perlu dijadikan pedoman dan sempadan untuk dipatuhi oleh manusia.

Sesungguhnya iblis dan syaitan sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia. Firman Allah SWT yang bermaksud: Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir. (al-An'am: 32)

Atas kesedaran itulah, Kelab Remaja JIM dengan kerjasama Masjid As-Syakirin KLCC menganjurkan program Offline with Hedonism di dewan masjid tersebut, baru-baru ini.

Alhamdulillah, program yang terbuka kepada remaja antara usia 13 hingga 17 tahun itu mendapat sambutan kira-kira 70 peserta.

"Para peserta kebanyakannya ditemani ahli keluarga berada di perkarangan masjid seawal 8 pagi. Mereka disajikan sarapan pagi sebelum memulakan program.

"Dalam segmen Say No To Hedonism, kami cuba menjelaskan dan memahamkan para peserta tentang maksud sebenar budaya hedonisme dengan cara bersahaja dan diselang seli dengan komunikasi dua hala," katanya.

Program sehari itu turut dimuatkan dengan pelbagai segmen agar tidak membosankan peserta.

Tuesday, April 20, 2010

Keputusan PMR 2009

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 7A 1B

1. BERNARD HIEW SHENG CHIEH (3M)
2. CHOONG ZHI JIN (3M)
3. MOHD ANDREE WANDI (3M)
4. ANG ERN LI (3M)
5. CHEH LEE YEE (3M)
6. DEANNA CHUA CHING YUAN (3M)
7. HONG WEI HUNN (3C)
8. KHOO JI SHENG (3C)
9. LEE WEI SENG (3C)
10. NAIMAH BINTI AHMAD SAZAKI (3C)
11. NG YUN RU (3C)
12. ONG QIAO YI (3C)
13. CHOO BIN QUAN (3H)
14. MEGAT AKMAL FAIZ BIN MEGAT KAMIL AZMAN (3H)
15. MUHAMMAD ARIFF BIN MUHAMMAD AZHAR (3H)
16. LIM WAN PING (3H)
17. MUHAMMAD AKMAL BIN AMINUDDIN (3H)
18. CRYSTAL TAN MUN YI (3G)
19. LEE BAO EN (3G)

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 7A 1C

1. LEE MUN CHEONG (3M)
2. NUR FAIZAH BINTI HAMDAN (3M)
3. NG SHU ZHI (3C)
4. TEH ZHI QUAN (3C)

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 7A 1D

1. KUAN KENG SEE (3H)

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 6A 1B

1. KUNG LIM SIEW PIN (3C)
2. LEONG JUN YAU (3C)
3. SAMUEL DEPOGAN DAN (3C)
4. GERALD LAM MUN WAI (3C)

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 6A 2B

1. MUHAMMAD IZZAT SYAMIL BIN SAHIDIN (3M)
2. CHIN ZHIE LYNN (3M)
3. HARESHA BINTI MOHD FIRDAUZ (3M)
4. TAN JYE YAN (3C)
5. ZABRAN ADAM BIN ZAINOURUDIN (3C)
6. WOO SZE MIIN (3C)
7. MUHAMMAD FAQIHIN BIN MOHD FAZLIN (3H)
8. PANG WAI SHI (3H)
9. LEE YEE HAN (3G)

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 6A 1B 1D

1. TAI WEI ZHONG (3M)
2. SARAH GAN EU JEN (3M)

Disediakan oleh: Puan Nurummi Sarhan Binti Md Salleh (SU PMR 2009)

PMR 2009 | Pelajar 7A

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 7A

1. ADLER NG TZE WOOI (3M)
2. AH KIN BOON (3M)
3. CHRISHEN ROBERT GOMEZ A/P ROY ANTONY GOMEZ (3M)
4. LOO KIT MING KEITH (3M)
5. NG CHEE HOONG (3M)
6. OSCAR WONG TZE CHUEN (3M)
7. AUDREY CHIN SZE YEN (3M)
8. CHONG YUTING (3M)
9. CHRISTEL RENAETA A/P CHRISTOPHER RAVINDRAN (3M)
10. DARSHANI A/P KUMARASAMY (3M)
11. CALVIN WEIYUNG LOCK (3C)
12. KOH YE SHENG (3C)
13. PRAVEEN DANIEL ABRAHAM (3C)
14. SHANGAR SIVANATHAN (3C)
15. CHIN PHUI YEE (3C)
16. DEBORAH GOMEZ (3C)
17. LEANNE FELICIA WONG (3C)
18. NATALIE CHIN LIANNE (3C)
19. SHALINI A/P MATHIALAGAN (3C)
20. TAN CHIENLING (3C)
21. JOSHUA NAVIN BALACHANDRAN (3H)
22. TAN WEI LEONG (3H)
23.CHONG SUEANNE (3G)
24.BEATRICE CHAN CHI YAN (3Y)

PMR 2009 | Pelajar 8A

SENARAI NAMA MURID-MURID YANG MENDAPAT 8A

1. HEE YUNG JACK (3M)
2. LIMWAI CHOONG (3M)
3. LIM WEI SHEN (3M)
4. YUSUF NAIM BIN MOHD ADILA (3M)
5. ALEENA MAGAT BINTI ABDUL ALEEM (3M)
6. AMELIA BINTI AZMAN (3M)
7. FONG FANG CHYI (3M)
8. KHOR WEI KOON (3M)
9. LAI KE XIN (3M)
10.LEE LING HUI (3M)
11.LEE QI (3M)
12. NGEW MIN JEE (3M)
13. NURUL AMIERA BINTI JAAFAR (3M)
14. SHARON CHENG WYEI YEE (3M)
15. SHIN YEN NEE (3M)
16. TAN PHEY YI (3M)
17. WAN MARYAM WAN AMIZAN (3M)
18. WOO WEI JIN (3M)
19. AMIRY AIMAN BIN MOHAMAD GHAZALI (3C)
20. JOHANN ARIF BIN ASHAARI (3C)
21. KOH DEE DANE (3C)
22. MUHAMMAD HARITH BIN OMAR (3C)
23. YAP WAI KEE (3C)
24. AIZA HAZIRA BINTI AIZULKAMAL (3C)
25. CHUNG YUAN MING (3C)
26. GOH KAI LING (3C)
27. KONG MAY LING (3C)
28. KUI LI ERN (3C)
29. LEE TZE GWEN (3C)
30. LEE WEI LING (3C)
31. NOR AZRIN BINTI TARMIZI (3C)
32. NUR ALIA BINTI MOHD AZAHAR (3C)
33. PANG JIA XIN (3C)
34. YAP SHYONG QING (3C)
35. CALVIN GAN JIA HUI (3H)
36. YAP SHELLY (3H)
37. ZAHRAA HANIN BINTI ISMAIL SHIHAM (3H)
38. LEE MUN YEE (3G)

Thursday, April 15, 2010

Berusaha Mendidik Remaja

Oleh MOHD. FARID MD. ALIAS
Utusan Online - Bicara Agama (15.04.10)

Didikan agama yang mantap mampu mengelak remaja terlibat dalam kegiatan tidak sihat. - Gambar hiasan
--------------------------------------------------------------------------------

BUDAK-budak zaman sekarang ni degil dan pelik-pelik. Yang ada mak ayah dan keluarga, dibelakangkan sebab cinta dan impian. Yang ada peluang hendak ke sekolah, disia-siakan dan tidak belajar bersungguh-sungguh.

"Kadang-kadang yang menyusahkan lagi buat kerja tak senonoh, merokok, ponteng sekolah, mencuri dan lain-lain, sedangkan masih bersekolah.. Itu belum campur lagi yang terlanjur, kemudian anak dibuang tanpa belas kasihan.

"Apa nak jadi dengan remaja dan masyarakat kita hari ini.." keluh Pak Samad panjang pada anaknya, Arif selepas membaca akhbar.

"Remaja sekarang memang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah beri. Allah sudah kurniakan kita dengan bumi yang aman damai, kita ada bantuan yang banyak, akses pendidikan dan komunikasi bukan sedikit, apa lagi yang mereka mahu.

"Zaman ayah dulu tak ada kemudahan macam ini. Tapi sekurang-kurangnya kami tahu menjaga maruah diri dan keluarga.. ini tidak, makin maju manusia, makin kebelakang pula cara berfikir " tambah Pak Samad lagi, sengaja menguji anaknya.

Bukan Salah Kemajuan
Arif mengangguk-angguk. Dia turut berkongsi keresahan yang sama dengan ayahnya. Namun dia tidak setuju bahawa kemajuan itu yang menyebabkan manusia menjadi lebih teruk.

"Tapi ayah, kita tidak boleh salahkan kemajuan dengan tingkah laku manusia. Manusia itu sendiri yang mencipta kemajuan, lalu manusia juga mestilah bertanggungjawab untuk mengadabkan manusia.

"Tanpa kemajuan, perkembangan sains dan teknologi, manusia akan berada dalam keadaan statik dan di takuk lama. Bukankah memang fitrah manusia inginkan sesuatu yang lebih baik daripada yang dimiliki?

"Teknologi dan kemajuan seharusnya menambah baik kualiti kehidupan manusia... tetapi yang menjadi masalahnya apabila ia digunakan untuk tujuan yang tidak baik..." balas Arif.

"Mungkin pada zaman ayah, wujud perkara-perkara seperti ini, tetapi tidak banyak. Malah budaya, adab dan adat resam masih lagi tebal dan kebal di dalam diri remaja.

"Cuba ayah tengok remaja kita pada hari ini, sifat-sifat itu makin terhakis. Remaja tidak tahu hormat orang tua, apatah kasih pada yang lebih muda. Remaja hidup terumbang-ambing tanpa tujuan hidup, bukan salah kemajuan. Saya percaya jika ada didikan yang sempurna daripada keluarga dan masyarakat, anak-anak akan dewasa dengan matang, berketerampilan dan punyai matlamat hidup yang lurus..." ulas Arif lagi.

Pak Samad tersenyum dengan hujah balas anaknya. Mereka memang suka berbincang mengenai isu-isu semasa supaya fikiran lebih terbuka dan dapat bertukar-tukar idea.

Dia teringat kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu "bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka".

Remaja juga punyai buah fikiran yang bernas jika dilatih dan dikembangkan dengan cara yang betul, fikirnya.

Didik anak ikut zamannya
"Betul juga kata kamu Arif. Ayah faham zaman kamu tak sama dengan zaman ayah. Bahkan Saidina Umar juga mengatakan bahawa kita mesti mendidik anak mengikut zaman mereka. Tetapi itulah yang sering ibu bapa lupa.

"Ibu bapa masa kini lebih sibuk dengan kerjaya dan bertungkus lumus mencari rezeki, tetapi tidak pula berusaha bersungguh-sungguh dalam membentuk anak-anak menjadi manusia berguna," Pak Samad memberi pendapat.

"Ya ayah, tidak semua ibu bapa berfikiran begitu. Pendapat dan suara anak-anak tidak didengar, apatah lagi dengan kehendak emosi mereka.

"Remaja yang dibesarkan sebegitu akan dibesarkan menjadi seorang yang kuat memberontak apabila ada sedikit kebebasan. Ramai kawan-kawan saya yang mengeluh ibu bapa mereka tidak mahu mendengar pendapat mereka," tambah Arif.

"Benar, nak. Ayah amat kesal sekiranya ada ibu bapa yang meletakkan bulat-bulat kesalahan pada orang lain apabila anak-anak mereka melakukan kesalahan atau kerosakan.

"Sewajarnya ibu bapa patut bermuhasabah dan merenung kembali cara didikan dan pengawalan terhadap anak-anak mereka. Iya, keadaan semakin mencabar dengan kemajuan teknologi, tetapi dengan adanya kekebalan iman serta ingatan daripada ibu bapa, insya-Allah anak-anak tidak akan menyimpang dari landasan yang benar..." ujar Pak Samad optimis.

"Ilmu pengetahuan pada masa kini memang mudah diperolehi, tetapi manusia tidak mahu mengamalkannya. Justeru, ibu bapa perlu sentiasa berusaha untuk mencari jalan terbaik untuk mendidik anak-anak.

"Didikan anak-anak juga mestilah berterusan walaupun anak sudah besar dan berumah tangga," Pak Samad memberi pandangan.

"Ayah juga merasakan bahawa didikan akan berkesan sekiranya diamalkan dan dialami sendiri melalui pengalaman.

"Ibu bapa mestilah menjadi contoh yang baik kepada anak-anak. Bukan setakat menyuruh mereka berbuat baik, tetapi mestilah menjadi sumber dan tauladan yang baik kepada anak-anak," kata Pak Samad yang juga seorang bekas guru.

"Tetapi saya lihat ada juga penyakit baru dalam masyarakat kita ayah," ujar Arif.

Pak Samad tersenyum. Dia sudah tahu apa yang bakal dikatakan anaknya.

Penyakit baru
"Penyakit itu adalah tidak mampu atau tidak mahu mengatakan 'tidak'. Baru-baru ini saya terbaca dalam akhbar, seorang ahli psikologi negara ini berkata ada kecenderungan bahawa ibu bapa sekarang sudah tidak tegas dalam mendidik anak-anak.

"Apa sahaja kemahuan anak-anak diikuti tanpa berfikir panjang. Jika tidak dituruti, bimbang anak-anak merajuk dan melakukan perbuatan yang bukan-bukan. Sebab itulah anak-anak remaja sekarang semakin 'besar kepala' dengan ibu bapa mereka. Apa pendapat ayah?" tanya Arif kepada ayahnya.

"Ayah merasakan bahawa setiap orang ada hak terhadap orang lain. Ibu bapa ada hak yang perlu ditunaikan terhadap anak-anak, begitu juga sebaliknya. Jadi masing-masing diberi amanah untuk menjaga tanggungjawab itu.

"Salah satu tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak adalah untuk memberitahu anak-anak yang mana benar dan mana yang silap, yang mana yang hak dan yang mana yang batil.

"Ibu bapa mesti tegas dalam prinsip ini supaya anak-anak faham akan batas sesuatu perkara. Tegas tidak semestinya keras dan marah, tetapi mestilah dengan cara yang berhikmah dan bijaksana," balas Pak Samad.

"Betul tu ayah. Dalam masa yang sama, remaja seperti saya juga mestilah sama-sama menghormati prinsip ibu ayah. Mereka tidak seharusnya mengugut dan melakukan perkara-perkara yang tidak baik semata-mata untuk menarik perhatian ibu bapa mengikut kemahuan mereka.

"Perbuatan-perbuatan tersebut bukan sahaja memalukan diri sendiri, tetapi keluarga juga yang menanggung akibatnya. Saya sentiasa sedih dengan nasib kawan-kawan seusia saya yang kurang bernasib baik, tetapi saya juga sedar bahawa kita sendirilah yang mesti berusaha merubah diri kita menjadi lebih baik.." kata Arif.

Pak Samad tersenyum melihat anaknya. Pintanya anak itu mengotakan apa yang dikatakannya dan mendewasa dalam sejahtera.

Kesimpulan

Kemajuan seharusnya menjadikan manusia lebih bijak menilai mana yang baik dan buruk. Namun kemajuan yang dikecapi tanpa asas ilmu dan didikan agama yang kukuh boleh menggoyahkan institusi keluarga dan masyarakat.

Dalam hal ini, cabaran dalam mengendalikan kemajuan sebenarnya adalah mengendalikan modal insan agar kemajuan yang dikecapi seiring dengan keseimbangan pemikiran, emosi dan spiritual.

Wednesday, April 7, 2010

Aturcara Kejohanan Sukan Tahunan SMKBSD1

ATUR CARA KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN
SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1
Tarikh: 11. April 2010
Hari: Ahad
Masa: 7.20 pagi hingga 1.30 tengah hari
Tempat: Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.



  • 7.00 pagi : Pelajar dan guru pengiring bertolak dari sekolah ke Stadium


  • 7.20 pagi : Ketibaan pegawai kejohanan, kontijen dan pelajar


  • 7.45 pagi : Pendaftaran peserta acara 1500m, 800m & 100m


  • 8.00 pagi : Acara 1500 M Terbuka


  • 8.20 pagi : Acara 800 M Terbuka


  • 8.45 pagi : Acara 100 M (P3, L3)


  • 9.00 pagi : Kontijen bersedia untuk perbarisan masuk


  • 9.20 pagi : Menerima tabik hormat


  • 9.30 pagi : Bacaan doa


  • 9.35 pagi : Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor & Lagu Sekolah


  • 9.40 pagi : Bacaan ikrar kejohanan


  • 9.45 pagi : Ucapan perasmian kejohanan


  • 10.00 pagi : Perarakan keluar kontijen


  • 10.05 pagi : Persembahan Seni Pertahanan Diri


  • 10.25 pagi : Acara 100 M (P2, L2, P1, L1)


  • 10.40 pagi : Acara 200 M (P3, L3, P2, L2, P1, L1)


  • 11.15 pagi : Acara 400 M (P3, L3, P2, L2, P1, L1)


  • 11.45 pagi : Acara 4x100 M (P3, L3, P2, L2, P1, L1)


  • 12.00 Th : Acara Pegawai


  • 12.20 Th : Penyampaian hadiah


  • 1.30 Th : Bersurai


Monday, April 5, 2010

Aktiviti PIBG 2009

1. MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-5
1.1. Tarikh: 28 Mac 2009
1.2. Masa: 11. 00 pg
1.3. Kehadiran: 118 ibu bapa dan 56 guru

2. PERTANDINGAN MARHABAN PERINGKAT NEGERI SELANGOR
2.1. Tarikh: Mac 2009
Kumpulan Marhaban sekolah telah berjaya memenangi Pertandingan Marhaban Peringkat Daerah Petaling Utama. Ini membolehkan mereka mewakili Daerah Petaling Utama dalam pertandingan peringkat negeri Selangor. Pasukan ini telah berjaya mendapat tempat kedua pada pertandingan tersebut.

3. PERTANDINGAN SKETSA KERJAYA PERINGKAT NEGERI SELANGOR
3.1. Tarikh : April 2009
Kumpulan ini telah berjaya mendapat Johan dalam pertandingan sketsa kerjaya peringkat Daerah Petaling Utama seterusnya melayakkan mereka untuk mewakili Daerah Petaling Utama ke pertandingan peringkat negeri.

4. KEM SKOR A SPM DAN PMR
4.1. Tarikh : Jun 2009
4.2. Objektif : Seminar peningkatan prestasi SPM dan PMR

5. TANAMAN POKOK DISEKELILING SEKOLAH
5.1. Tarikh : Jun 2009
5.2. Objektif : Sumbangan PIBG dalam usaha membantu pihak sekolah menyediakan suasana persekitaran sekolah yang kondusif untuk para pelajar.

6. PERTANDINGAN PASUKAN SORAK
6.1. Tarikh : 3 & 4 Julai 2009
6.2. Tempat : Stadium Sukan Bukit Jalil

7. PEMBINAAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG
7.1. Tarikh : Julai 2009
7.2. Objektif : Melancarkan aliran trafik dan kemudahan laluan untuk para pelajar terutamanya ketika hujan

8. PEMBINAAN PAGAR SURAU SEKOLAH
8.1. Tarikh : Julai 2009

12. PROGRAM CERIATON 2009
12.1. Tarikh : September 2009
12.2. Objektif : menambah dana PIBG untuk menambahbaikan prasarana sekolah dan meningkatkan lagi keceriaan dan keselamatan persekitaran sekolah.
12.3. Jumlah Kutipan: RM 21, 093.45

13. PAPAN TANDA EVERY WEDNESDAY IS ENGLISH LANGUAGE DAY
13.1. Tarikh : Oktober 2009
13.2. Objektif : Sebagai galakan kepada warga SMKBSD1 untuk berbahasa Inggeris pada setiap hari Rabu.