Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Friday, May 28, 2010

Padah Ghairah Budaya ‘A’

Seperti halnya kedahagaan kepada air, kedahagaan ilmu juga menuntut usaha menghilangkan kedahagaan. Caranya adalah dengan ‘meminum ilmu’. Kedahagaan kepada ilmu juga boleh ‘mengenyangkan’ minda, fikiran, intelektualisme dan kerohanian.

Begitu menurut ungkapan pemikiran kreatif, Jaafar Abdul Rahim.

Malah menurut beliau, kedahagaan ilmu melibatkan proses pencarian ilmu yang tiada penghujungnya. Semakin dicari, semakin banyak yang tidak diketahui-itulah ilmu.

Namun, melihat realiti rakyat Malaysia hari ini, kedahagaan ilmu seolah-olah tidak wujud melainkan segelintir kelompok kecil. Yang menjadi amalan dan budaya masyarakat sebenarnya boleh diumpamakan seolah menimba ilmu untuk dicurah ke pasir kemudiannya.

Masyarakat lebih mengagungkan budaya ‘A’ dalam pelajaran sehingga budaya ini mendatangkan kesan negatif kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri.

Buktinya, seorang pelajar lepasan UPSR tahun 2007, Subashini a/p G. Sivakumar, dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidur dengan sehelai kain selimut, gara-gara tidak mendapat 4A dalam UPSR seperti yang diharapkannya.

Ini menunjukkan bahawa dewasa ini, pelajar hanya mengejar ‘A’ dalam peperiksaan berbanding mengejar penguasaan terhadap ilmu itu sendiri. Hal demikian lazimnya bakal melahirkan pelajar yang lemah penguasaan terhadap ilmu sebaik sahaja selesai menduduki sesuatu peperiksaan, kerana pelajar sekadar belajar untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan, bukan untuk diamalkan dalam kehidupan.

Menurut Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed, peningkatan kes bunuh diri perlu diberi perhatian serius dan memerlukan penyelesaian segera.

Punca

Dalam pada itu, Mayo Foundation for Medical Education and Research yang berpangkalan di Amerika mendapati kes bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak terlalu menonjol pada awal 1990-an tetapi berlaku peningkatan selepas tahun 2000 dengan jumlah 132,000 kes direkodkan di seluruh dunia.

Antara puncanya ialah tekanan perasaan, kemurungan, trauma, pengasingan dan kekecewaan. Tidak dinafikan bahawa tekanan perasaan dan kekecewaan yang dialami pelajar setelah mengalami kegagalan dalam peperiksaan turut terangkum dalam punca-punca tersebut. Kajian turut mengaitkan perubahan sosiobudaya, ekonomi mahupun penarafan tinggi oleh institusi pendidikan menjadi punca remaja semakin tertekan dan gagal menyesuaikan diri.

Selain itu, tekanan yang dialami pelajar lantaran terpaksa memenuhi pengharapan ibu bapa yang tinggi turut menjerumuskan pelajar ke kancah bunuh diri. Hal ini demikian, ibu bapa menganggap jika gagal akademik, masa depan anak-anak mereka akan gelap dan sukar mendapat peluang pekerjaan kelak.

Ini ternyata memberi tekanan kepada anak-anak untuk berusaha mencapai keputusan cemerlang. Sekiranya tidak lulus, seluruh keluarga akan menanggung malu dan dipandang rendah oleh masyarakat.

Ternyata, pembelajaran berorientasikan peperiksaan, iaitu sekadar mahu mengejar ‘A’ dalam peperiksaan mengundang gejala negatif dalam masyarakat.

Justeru, sebagai ahli komuniti dalam masyarakat, perkara ini perlu segera diatasi dengan memikirkan langkah penyelesaiannya. Antaranya ialah melalui peranan ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap terbuka, memahami keupayaan anak, jangan terlalu mendesak atau meletakkan sasaran yang tinggi.

Mereka perlu mengubah mentaliti sebelum ini yang menganggap kegagalan bermakna tidak berguna.

Institusi persekolahan pula seharusnya memberi sokongan, mendengar permasalahan pelajar, memberi dorongan dan kata nasihat sekiranya pelajar gagal. Secara tidak langsung, pelajar akan rasa dihargai dan masih berpeluang untuk meraih kejayaan.

Namun yang paling penting ialah didikan agama yang secukupnya perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, supaya anak-anak tahu konsep dosa dan pahala, sekali gus menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah agama.

Kesimpulannya, sekiranya kita mahu melahirkan individu bersahsiah seimbang, bukanlah tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga perlu cemerlang dari segi sosial dan emosi. Keghairahan masyarakat terhadap budaya ‘A’ seharusnya mencakupi integrated knowledge, iaitu kesepaduan ilmu yang menyeluruh, merangkumi keseluruhan sistem hidup.

Dengan demikian, kes bunuh diri dalam kalangan pelajar mungkin dapat dikurangkan kerana para pelajar menyedari peranan mereka masih belum berakhir sekalipun gagal dalam akademik.

Artikel oleh: MOHD. FAISAL MUSTAFFA | Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Kuala Lumpur

Monday, May 24, 2010

Peringatan Kepada Ibubapa

Hj. Zulkifli Hassan - NYDP

Salam dan good day.

Kepada ibubapa yang ingin berurusan dengan pihak sekolah, kami ingin memohon kerjasama Tuan/Puan supaya mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Perkara ini perlu di maklumkan disini berikutan beberapa insiden atau kejadian yang telah berlaku sebelum ini.

Ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan berhubung kait dengan sikap sesetengah ibubapa yang kurang perihatin terhadap garis panduan yang telah ditetapkan seperti:

1. Peraturan meletak kenderaan ketika menurunkan dan menunggu anak-anak disekitaran kawasan sekolah. Tuan/Puan diminta menggunakan kebijaksanaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kerumitan yang mungkin akan timbul.

2. Peraturan memasuki kawasan sekolah - ibubapa diminta meletakan kenderaan di luar kawasan sekolah dengan baik dan melapurkan diri di bilik kawalan keselamatan. Pengawal keselamatan yang bertugas akan memaklumkan kepada pihak sekolah hajat Tuan/Puan samada melalui talifon atau "escort" Tuan/Puan kepejabat sekolah. Kita harus ingat bahawa limit kita hanya setakat pejabat sekolah sahaja. Kita dilarang sama sekali pergi menemui anak-anak kita di bilik darjah mereka ketika sesi sekolah sedang berlangsung (school hours).

3. Aduan (Complaint) dari anak-anak kita berkenaan dengan sekolah - kita harus menilai dan menentukan kesahihan aduan dari anak-anak kita terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan yang kurang bijak seperti "menyerang" individu-individu tertentu atau membuat sebarang kenyataan rambang yang boleh mencetuskan ketegangan diantara pihak-pihak yang tertentu. Konsep "mesyuarah" adalah yang terbaik.

Ibubapa disarankan supaya menggunakan saluran yang sedia ada seperti PIBG untuk mengemukakan syor atau cadangan yang membangun demi untuk kesejahteraan anak-anak kita. Pihak PIBG telah pun menyediakan beberapa kemudahan seperti emel dan blog/forum untuk ibubapa menyalurkan pandangan mereka. Gunakan lah kemudahan-kemudahan ini dengan sebaik mungkin.

Sekian. Terima Kasih.

Nota: Artikel ini adalah pandangan saya semata-mata (no offence intended).

Friday, May 21, 2010

Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru

Tarikh: 15 Mei 2010
Jam: 8.00 - 10.00 pagi

Gotong-royong perdana sempena hari guru telah dijalankan pada Sabtu lalu. Murid dan guru dibahagikan kepada kumpulan mengikut kelab masing-masing untuk membersihkan dan menceriakan kawasan yang telah ditetapkan.

Gotong-royong telah berjalan dengan lancar dan jayanya. SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

Ceramah Motivasi Pelajar



Tarikh : 14 Mei 2010
Masa : 10.00 pg - 12.35 tgh hari
Pengurus Projek (kem motivasi pelajar bukan islam): Unit Bimbingan dan Kaunseling

Ceramah motivasi ini diadakan khas untuk pelajar bukan islam yang mempunyai masalah dalam pembelajaran secara percuma. Beberapa kelas yang agak lemah dikenal pasti untuk ceramah motivasi ini.

Kem Ibadah Solat



Tarikh : 14 Mei 2010 bermula 4.00 ptg - 15 Mei 2010 jam 12 tgh hari
Pengurus Projek: Panitia Pendidikan Islam.

Objektif: Kem ibadah solat diadakan bertujuan sebagai kem motivasi kepada para pelajar muslim selain mendidik para pelajar agar lebih sempurna dalam menjalankan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kem ini turut ditaja oleh seorang bapa yang bermurah hati untuk memberi sumbangan wang tunai. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga di atas kesudian beliau itu. TERIMA KASIH DAUN KELADI...

Projek Khidmat Bakti Sosial



Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang telah mengambil bahagian untuk menjayakan projek ini.

Pengurus Projek: Pn. Manjeet Kaur dan Pn. Shamshunnuriah Binti Zulkifli

Tarikh: Sepanjang Minggu Lepas ( 10 mei - 19 mei 2010)

Tempat: SMKBSD 1

Objektif :

1. Memberi peluang kepada para pelajar yang mempunyai banyak markah bagi kesalahan disiplin (markah demerit) untuk berbakti kepada sekolah.
2. Sebagai satu cara mendidik selain daripada menjatuhkan hukuman keras.
3. Salah satu motivasi kepada para pelajar untuk berbakti kepada sekolah.
4. Menanam sifat tanggungjawab dan sikap cintakan sekolah.
5. Menceriakan kawasan persekolahan.

Kumpulan Sasaran :

Pelajar yang mempunyai markah demerit yang tinggi.

Sipnopsis

Kumpulan pelajar yang telah dikenalpasti bermasalah dan mempunyai markah demerit yang amat tinggi dikumpulkan. Kemudian pelajar-pelajar tersebut ditawarkan untuk dikurangkan markah demerit yang terlalu banyak dengan membuat khidmat sosial di sekolah. Guru menerangkan projek yang bakal dijalankan. Setelah pelajar bersetuju projek dimulakan. Kawasan yang telah dikenalpasti untuk dicantikkan ialah kawasan berdekatan pagar masuk ke sekolah.

Usul dan Cadangan - Part 3 (Final)

Bahagian Kokurikulum

1. Kokurikulum dijalankan sehari sahaja
Tindakan : Waktu pelaksanaan setiap minggu bagi aktiviti kokurikulum adalah mengikut arahan dari Kementerian Pelajaran Malaysia.

2. Adakan pertandingan persahabatan dengan sekolah lain
Tindakan : Telah diadakan. Perlawanan Bola Tampar

3. Aktiviti kokurikulum diadakan pada hari Sabtu
Tindakan : Tidak ada keperluan untuk diadakan pada hari Sabtu kecuali taekwondo dan silat.

4. Waktu mula aktiviti kokurikulum bagi murid sesi petang (tingkatan 1) bermula lewat sedikit untuk mengelakkan murid berulang-alik ke sekolah.
Tindakan : Cuaca tidak sesuai dan persekitaran tidak kondusif

5. Elakkan murid dari keluar makan luar dari kawasan sekolah kerana didapati ada murid tidak naik semula untuk menghadiri aktiviti kokurikulum.
Tindakan : Pihak sekolah telah mengambil tindakan memastikan pihak kantin menyediakan makanan yang mencukupi untuk muri-murid.

Usul dan Cadangan - Part 2

Bahagian Hal Ehwal Murid

1. Salah guna kuasa pengawas percubaan sesi petang.
Tindakan : Telah diambil oleh pihak sekolah.

2. Tandas kotor dan busuk. Perlu dicuci lebih kerap.
- Pn. Siti menjelaskan pihak sekolah telah mengambil tindakan seperti yang dibincang dalam mesyuarat AJK PIBG kali ke-5 sesi 2009/2010 di mana pekerja dibayar upah tambahan untuk mencuci tandas dengan kadar yang lebih kerap.
Tindakan : Telah diambil oleh pihak sekolah dengan pihak PIBG bersetuju untuk membayar bayaran tambahan kepada pekerja am sekolah.

3. Lebih banyak tandas dibuka
Tindakan : Telah di ambil tindakan

4. Kekurangan tandas perempuan. Kedudukan tandas yang jauh menyebabkan para pelajar mengambil masa yang panjang untuk bergerak ke tandas.
Tindakan : Telah di ambil tindakan

5. Harap pihak sekolah dapat menyediakan sabun pencuci tangan
Tindakan : Telah di ambil tindakan

6. Pihak ibu bapa mengumpul dana untuk menggaji pekerja tambahan mencuci tandas
Tindakan : Telah diambil oleh pihak sekolah (rujuk perenggan 4.2.2)

7. Sekolah menyediakan mesin “water cooler” atau mesin minuman sebagai kemudahan kepada para pelajar.
- En. Bala dan En. Gan menyatakan mesin “water Cooler” adalah tidak sesuai dipasang kerana sekiranya mesin ini tidak diselengara dengan baik ia akan menimbulkan masalah kesihatan dan dipersetuju oleh beberapa AJK yang lain.
Tindakan : Para AJK bersetuju untuk tidak memasang mesin “water cooler “ di sekolah

8. Menyediakan mesin menjual sanitary pad.
- Pn. Siti menjelaskan berdasarkan pengalaman dari sekolah-sekolah sekitar, mesin ini mudah rosak selain masalah vandelisma pelajar.
- Namun beliau turut menjelaskan pihak sekolah sememangnya ada menjual “sanitary pad” melalui guru kaunseling.
Tindakan : Para AJK bersetuju mesin tersebut tidak akan dipasang di sekolah . Namun begitu pihak sekolah harus memastikan murid mendapat maklumat untuk membeli daripada guru kaunseling.

9. Pusat sumber dalam keadaan busuk dan berbau
- Pn. Nancy sebagai wakil PIBG telah membuat tinjauan ke Pusat Sumber sekolah dan beliau mendapati Pusat Sumber berada dalam keadaan yang baik dan bersih. Beliau turut menyatakan bahawa dakwaan Pusat Sumber berbau busuk adalah tidak benar.
- Selain itu beliau turut memaklum kerja-kerja penambahbaikan sedang dijalankan seperti memasang pagar keselamatan untuk bilik tayangan (RM 1600 ) dan juga membuat “skirting” untuk meja bacaan.
Tindakan : Makluman

10. Pusat sumber kekurangan buku
Tindakan : Pihak PIBG telah memesan buku-buku yang keseluruhannya berjumlah RM3792.52 untuk diletakkan sebagai bahan bacaan di Pusat Sumber sekolah.

11. Kesesakan lalu lintas ketika naik ke sekolah pada waktu puncak akibat daripada ibu bapa terutamanya dari SJKC meletakkan kenderaan sesuka hati di kiri dan kanan jalan.
- Pn. Pengetua menjelaskan, pihak sekolah telah meminta pasukan BOMBA dan penyelamat untuk menganalisa perkara ini dan pasukan BOMBA dan Penyelamat telah membuat rumusan laluan tersebut adalah laluan yang tidak sesuai untuk diletakkan kenderaan. Pihak BOMBA menjelaskan sekiranya berlaku apa-apa kecemasan di sekolah pihak BOMBA dan penyelamat akan mengalami kesukaran untuk naik ke kawasan sekolah kerana, jentera BOMBA tidak akan dapat melalui jalan tersebut jika ada kenderaan diletakkan. Ini akan menyukarkan pihak berkuasa untuk menjalankan tugas seterusnya mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan warga SMKBSD1.
- Para AJK turut bersetuju tentang perkara ini. Selain mengganggu ketenteraman ia juga mengancam keselamatan warga sekolah terutamanya murid-murid.
- Para AJK sebulat suara memutuskan tindakan-tindakan yang akan diambil seperti:
1. Tn. Syed dan En.Gan sebagai wakil PIBG manakala En.Yeow dan En. Mansor sebagai wakil SMKBSD1 untuk berbincang dengan pihak SJKC. Perbincangan adalah berkenaan hal meminta pihak SJKC untuk menutup pagar ketiga mereka dan juga kawasan naik ke SMKBS1 akan dijadikan kawasan larangan meletakkan kenderaan dan papan tanda peringatan akan dinaikkan. Palang akan dipasang supaya tiada kenderaan dibenarkan naik kecuali kenderaan guru dan juga ketika hari hujan.
2. Minit mesyuarat ini akan dibawa oleh wakil PIBG untuk disahkan oleh PPD.
3. Setelah mendapat pengesahan dari pihak PPD, palang akan dibina di jalan naik ke sekolah.
Tindakan: Seperti yang dinyatakan

12. Mohon bina jejantas
Tindakan : Para AJK bersetuju bahawa perkara ini adalah diluar bidang kuasa PIBG atau Pihak Sekolah. Namun En. Bala akan cuba membawa perkara ini ke Mesyuarat Persatuan Penduduk Bandar Sri Damansara.

13. Mohon berbincang dengan SJKC untuk mereka menutup pagar ketiga untuk mengurangkan kesesakan lalulintas
Tindakan : Rujuk perkara 4.2.11

14. Harap bilangan telefon awam duit syiling ditambah dan dapat berfungsi dengan baik.
Tindakan : Pihak sekolah membuat surat permohonan dan akan disampaikan oleh Tn. Syed kepada pihak Telekom.

15. Pembinaan jalan berbumbung ditambah sehingga ke jalan utama
- Pn. Nancy menyatakan anggaran kos bagi pembinaan jalan berbumbung tersebut dari pagar sekolah hingga ke pagar utama sahaja kira-kira RM39,000.
Tindakan : AJK PIBG akan cuba mendapatkan anggaran kos daripada beberapa kontraktor.

16. Harga makanan mahal
Tindakan : Pihak sekolah telah menjalankan kajian rambang terhadap murid-murid dan mendapati harga makanan adalah berpatutan.

17. Sediakan sabun cuci tangan di sinki
Tindakan : Telah diambil tindakan oleh pihak sekolah.

18. Mansuhkan yuran-yuran tidak berkaitan
Tindakan : Pihak sekolah menyatakan semua yuran adalah berkaitan.

Thursday, May 20, 2010

Usul dan Cadangan - Part 1

Bahagian Akademik

1. Kekurangan guru terutamanya tingkatan 1 dan 4.
Tindakan : Telah berjaya diatasi

2. Kelas tambahan untuk murid terutamanya pelajar PMR dan SPM
Tindakan : Sememangnya telah ada dalam rancangan pihak sekolah. Kelas akan bermula pada bulan Jun

3. Kelas Bahasa Asing (German, Perancis dan sebagainya)
Tindakan : Tidak dapat dilaksanakan kerana tiada guru yang sesuai

4. Hari Selasa kelas dilepaskan terlalu awal.
Tindakan : Waktu tersebut diperuntukkan untuk mesyuarat guru dan perkembangan staf. Walaupun pada hari tersebut pelajar dibenar pulang awal, jadual p&p yang disusun adalah mencukupi.

5. Sesi persekolahan tingkatan 1 ditukar ke pagi
Tindakan : Kelas tidak mencukupi.

6. Adakan lebih banyak English language Competition
Tindakan : Telah dalam perancangan oleh Paniti Bahasa Inggeris

7. Peruntukan waktu solat untuk murid sesi petang.
- Pihak sekolah menjelaskan waktu solat yang diperuntukkan untuk para pelajar adalah 10 minit sebelum rehat untuk waktu Zohor dan 10 minit sebelum pukul 6.
- En Jeffry Chai meminta agar waktu solat yang diperuntukkan diawalkan atas tuntutan agama menggalakkan umat islam untuk solat di awal waktu.
- Pihak sekolah menjelaskan, murid dibenarkan untuk solat lebih awal sekiranya mereka mempunyai kelas Pendidikan Agama Islam.
- En.Jeffry Chai meminta pihak sekolah memberi waktu yang lebih awal untuk pelajar bersolat. Para AJK bersetuju dengan cadangan beliau.
Tindakan : Pihak sekolah akan berusaha untuk memperuntukkan masa solat yang lebih awal.

8. Kurangkan guru dari keluar waktu p&p seperti pergi berkursus dan sebagainya
Tindakan : Kebanyakkan mesyuarat diadakan selepas 2 petang.

9. Notis bercetak kepada murid untuk sebarang pertukaran jadual dan sebagainya
Tindakan : Pihak sekolah akan ambil tindakan

Saturday, May 1, 2010

PIBG diminta tingkat usaha bantu tangani masalah sosial pelajar

Utusan Online
02/05/2010 11:48am


KOTA KINABALU 2 Mei - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diminta supaya bergerak lebih aktif dalam memainkan peranan penting membantu usaha menangani masalah sosial di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, peningkatan jumlah remaja yang terjebak dengan gejala sosial antara lain disebabkan kegagalan masyarakat mendidik dan memantau aktiviti harian mereka.

"Jadi saya berharap pihak PIBG akan memperkukuhkan lagi kerjasama dengan pihak pengurusan sekolah demi memastikan pembangunan akademik dan sahsiah diri pelajar dapat dibentuk sebaik mungkin sekali gus menyumbang kepada prestasi cemerlang sekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada majlis perasmian program jualan pasar ria Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Likas di sini hari ini. - Bernama