Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Thursday, August 4, 2011

Permohonan Sumbangan Ihya' Ramadhan 1432H

Pihak sekolah akan mengadakan beberapa program sepanjang bulan Ramadhan tahun ini. Antara program-program yang telah diatur ialah:
  • Tadarus Al-Quran: 01-24 Ogos 2011 | Semasa rehat di Dewan Tertutup
  • Info Ramadhan: 01-26 Ogos 2011 | Semasa waktu Pendidikan Jasmani & Kesihatan
  • Sumbangan Hari Raya untuk pelajar miskin dan Anak Yatim: 25 Ogos 2011 | Sumbangan Ibu-Bapa amatlah dialu-alukan
  • Majlis Khatam Al-Quran dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Pelajar Miskin & Anak Yatim: 25 Ogos 2011 | Sumbangan Ibu-Bapa amatlah dialu-alukan
Pihak sekolah ingin memohon sumbangan ikhlas daripada pihak tuan/puan bagi menjayakan lagi program tersebut.

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Pengetua | SMK BSD 1