Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Sunday, October 28, 2012

Makluman Kepada Ibubapa dan Penjaga 29/10/12

Sukacita dimaklumkan bahawa Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 akan berlangsung dari 05 November sehingga 06 Disember. Pihak sekolah perlu menyediakan dewan dan bilik darjah (3 Pusat) untuk SPM mulai 01 November. Cuti akhir tahun untuk tingkatan lain bermula 10 November. Oleh kerana bilik darjah yang tidak mencukupi untuk perjalanan sekolah seperti biasa dan juga untuk mengadakan suasana yang aman tenteram untuk calon-calon SPM maka kelas-kelas yang perlu hadir ke sekolah setiap hari adalah mengikut jadual di bawah. Kelas-kelas yang lain direhatkan. Klik disini.

Thursday, October 4, 2012

Arrangement of Classes during PMR

Sukacita dimaklumkan bahawa Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012 akan berlangsung dari 9 Oktober – 11 Oktober & 15 Oktober – 16 Oktober . Pihak sekolah perlu menyediakan dewan dan bilik darjah untuk PMR mulai 5 Oktober. Oleh kerana bilik darjah yang tidak mencukupi untuk perjalanan sekolah seperti biasa dan juga untuk mengadakan suasana yang aman tenteram untuk calon-calon PMR maka kelas-kelas yang perlu hadir ke sekolah setiap hari akan digilirkan mengikut jadual di bawah. Klik disini.