Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Thursday, January 12, 2012

Makluman Program Pemantapan Rohani Pelajar-Pelajar Islam

Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Pendidikan Islam manganjurkan Program Pemantapan Rohani untuk semua pelajar muslim seperti berikut:

Program Bacaan Yasin
Hari: Setiap hari Jumaat
Masa: 7:00 pagi
Tempat: Dewan Budiman (Dewan Terbuka)
Catatan: Semua murid-murid muslim dikehendaki hadir awal. Bacaan Yasin akan dimulakan pada jam 7:15pagi hingga 7:30pagi. Kehadiran akan direkodkan dan diambil kira sebagai markah Kokurikulum.

Program Bacaan Doa Harian
Hari: Setiap hari persekolahan
Masa: 7:25 pagi
Tempat: Di luar kelas masing-masing
Catatan: Semua murid muslim diminta menadah tangan dan mengaminkan doa. Dilarang bercakap semasa doa dibaca.

Diharap mendapat makluman dan kerjasama daripada ibubapa/penjaga. Terima kasih kerana menyokong program sekolah dengan memastikan anak-anak tuan/puan melibatkan diri sepenuhnya dalam program ini. Semoga dengan adanya program seperti ini akan dapat membentuk anak-anak kita menjadi anak-anak yang berakhlak terpuji.

Sekian terima kasih.

Zarina Bt Awang
Pengetua
SMK BSD1

No comments:

Post a Comment