Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Wednesday, January 4, 2012

Jemputan ke Program NEF-Awani ICT Fair 2012

Pihak PIBG ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai program anjuran Persatuan Industri ICT Bumiputera & Usahawan (NEF) dengan kerjasama Astro Awani yang akan menganjurkan NEF-Awani ICT Fair pada 10 dan 11 Februari 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. NEF-Awani ICT Fair 2012 mempunyai tiga (3) komponen menarik seperti berikut: -

1. Forum Perniagaan ICT: Forum ICT, Perniagaan dan Isu Keusahawanan. (10 & 11 2012 Februari)
2. TechnoXchange 2012: Pameran bagi Perisian, Perkhidmatan, Kandungan dan banyak lagi. (10 & 11 2012 Februari)
3. NEF-Awani ICT Awards 2011 Gala Dinner (11 Februari 2012 – Siaran langsung di Saluran Astro Awani 501)

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan bilangan usahawan yang mempunyai potensi yang besar dalam mengembangkan perniagaan mereka. Pada masa yang sama mereka juga dapat mempromosikan produk mereka kepada orang ramai. Program ini juga turut menyediakan platform yang sangat baik untuk usahawan khususnya.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari pautan ini http://www.nef.org.my/v_2010/nef-awani-ict-fair-2012/about-nef-awani-ict-fair-2012/ atau bolehlah menghubungi wakil NEF, Encik Iman di talian 603 7722 2706.

No comments:

Post a Comment