Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Wednesday, June 27, 2012

Hari Terbuka SMK Bandar Sri Damansara (1)


Kepada,
Ibu bapa / Penjaga

Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

HARI TERBUKA 2012

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Hari Terbuka SMK Bandar Sri Damansara (1) akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh     :  29 Jun 2012 ( Jumaat )
Masa        :  8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ( Sesi Pagi )
                   2.30 petang hingga 5.30 petang ( Sesi Petang )
Tempat    :  Kelas masing-masing

 3. Piihak sekolah amat berharap ibu bapa/ penjaga dapat meluangkan masa untuk hadir membincangkan kemajuan akademik dan sahsiah anak/ jagaan.

4. Semua ibu bapa murid Tingkatan 1 dikehendaki hadir untuk taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), yang  akan di adakan seperti berikut:

Tempat : Dewan Bestari, Blok B Tingkat 2
Masa : 2.30 petang.

5. Dato’/ Datin/Tuan /Puan diminta berjumpa dengan Guru Bimbingan & Kaunseling bersama anak di kaunter UBK, Dewan Budiman, Blok B, Tingkat Bawah  untuk menyemak dan menandatangani Buku Rekod Profil Perkhidmatan  Bimbingan & Kaunseling.  Kerjasama daripada pihak Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.


Sekian.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


……………………………..
  ZARINA BINTI AWANG
            Pengetua
SMK Bandar Sri Damansara 1

1 comment:

  1. May I know why your pibg fee $100..i know another school $50 only..

    ReplyDelete