Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Tuesday, March 20, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BANDAR SRI DAMANSARA 1 KALI KE-8

Sukacita saya merujuk perkara di atas.

2. Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
  • Tarikh : 31 Mac 2012
  • Masa : 10 pagi
  • Tempat : Dewan Budiman SMKBSD1
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
  • 3.1 Ucapan Pengetua SMKBSD1.
  • 3.2 Ucapan Yang DiPertua PIBG sesi 2011/2012.
  • 3.3 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-7.
  • 3.4 Perkara-perkara berbangkit.
  • 3.5 Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
  • 3.6 Membentang dan menerima Penyata Kewangan.
  • 3.7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2011/2012 dan Perlantikan Pengerusi Sementara.
  • 3.8 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013.
  • 3.9 Membentang dan Membahaskan Usul.
  • 3.10 Ucapan penangguhan.
4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut.

5. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan usul dan slip kehadiran tuan/puan untuk dikembalikan kepada Setiausaha Kehormat PIBG melalui guru tingkatan anak tuan/puan selewat-lewatnya pada atau sebelum 09 Mac 2012 ( Hari Jumaat). Usul tuan/puan juga boleh dihantar melalui emel vicky_boyi@yahoo.com. Klik disini.

6. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya Yang Menurut Perintah,

…………………………………………………………
(VIKNESWARAN A/L LOGANATHAN)
Setiausaha Kehormat
PIBG SMKBSD1

No comments:

Post a Comment