Seperti halnya kedahagaan kepada air, kedahagaan ilmu juga menuntut usaha menghilangkan kedahagaan. Caranya adalah dengan ‘meminum ilmu’. Kedahagaan kepada ilmu juga boleh ‘mengenyangkan’ minda, fikiran, intelektualisme dan kerohanian.
Begitu menurut ungkapan pemikiran kreatif, Jaafar Abdul Rahim.
Malah menurut beliau, kedahagaan ilmu melibatkan proses pencarian ilmu yang tiada penghujungnya. Semakin dicari, semakin banyak yang tidak diketahui-itulah ilmu.
Namun, melihat realiti rakyat Malaysia hari ini, kedahagaan ilmu seolah-olah tidak wujud melainkan segelintir kelompok kecil. Yang menjadi amalan dan budaya masyarakat sebenarnya boleh diumpamakan seolah menimba ilmu untuk dicurah ke pasir kemudiannya.
Masyarakat lebih mengagungkan budaya ‘A’ dalam pelajaran sehingga budaya ini mendatangkan kesan negatif kepada ibu bapa dan pelajar itu sendiri.
Buktinya, seorang pelajar lepasan UPSR tahun 2007, Subashini a/p G. Sivakumar, dijumpai tergantung di jeriji tingkap bilik tidur dengan sehelai kain selimut, gara-gara tidak mendapat 4A dalam UPSR seperti yang diharapkannya.
Ini menunjukkan bahawa dewasa ini, pelajar hanya mengejar ‘A’ dalam peperiksaan berbanding mengejar penguasaan terhadap ilmu itu sendiri. Hal demikian lazimnya bakal melahirkan pelajar yang lemah penguasaan terhadap ilmu sebaik sahaja selesai menduduki sesuatu peperiksaan, kerana pelajar sekadar belajar untuk mendapat keputusan yang terbaik dalam peperiksaan, bukan untuk diamalkan dalam kehidupan.
Menurut Dekan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed, peningkatan kes bunuh diri perlu diberi perhatian serius dan memerlukan penyelesaian segera.
Punca
Dalam pada itu, Mayo Foundation for Medical Education and Research yang berpangkalan di Amerika mendapati kes bunuh diri dalam kalangan remaja berusia antara 15 hingga 24 tahun tidak terlalu menonjol pada awal 1990-an tetapi berlaku peningkatan selepas tahun 2000 dengan jumlah 132,000 kes direkodkan di seluruh dunia.
Antara puncanya ialah tekanan perasaan, kemurungan, trauma, pengasingan dan kekecewaan. Tidak dinafikan bahawa tekanan perasaan dan kekecewaan yang dialami pelajar setelah mengalami kegagalan dalam peperiksaan turut terangkum dalam punca-punca tersebut. Kajian turut mengaitkan perubahan sosiobudaya, ekonomi mahupun penarafan tinggi oleh institusi pendidikan menjadi punca remaja semakin tertekan dan gagal menyesuaikan diri.
Selain itu, tekanan yang dialami pelajar lantaran terpaksa memenuhi pengharapan ibu bapa yang tinggi turut menjerumuskan pelajar ke kancah bunuh diri. Hal ini demikian, ibu bapa menganggap jika gagal akademik, masa depan anak-anak mereka akan gelap dan sukar mendapat peluang pekerjaan kelak.
Ini ternyata memberi tekanan kepada anak-anak untuk berusaha mencapai keputusan cemerlang. Sekiranya tidak lulus, seluruh keluarga akan menanggung malu dan dipandang rendah oleh masyarakat.
Ternyata, pembelajaran berorientasikan peperiksaan, iaitu sekadar mahu mengejar ‘A’ dalam peperiksaan mengundang gejala negatif dalam masyarakat.
Justeru, sebagai ahli komuniti dalam masyarakat, perkara ini perlu segera diatasi dengan memikirkan langkah penyelesaiannya. Antaranya ialah melalui peranan ibu bapa. Dalam hal ini, ibu bapa perlu bersikap terbuka, memahami keupayaan anak, jangan terlalu mendesak atau meletakkan sasaran yang tinggi.
Mereka perlu mengubah mentaliti sebelum ini yang menganggap kegagalan bermakna tidak berguna.
Institusi persekolahan pula seharusnya memberi sokongan, mendengar permasalahan pelajar, memberi dorongan dan kata nasihat sekiranya pelajar gagal. Secara tidak langsung, pelajar akan rasa dihargai dan masih berpeluang untuk meraih kejayaan.
Namun yang paling penting ialah didikan agama yang secukupnya perlu diterapkan oleh ibu bapa kepada anak-anak, supaya anak-anak tahu konsep dosa dan pahala, sekali gus menghindarkan diri daripada perkara-perkara yang ditegah agama.
Kesimpulannya, sekiranya kita mahu melahirkan individu bersahsiah seimbang, bukanlah tertumpu kepada kecemerlangan akademik semata-mata, tetapi juga perlu cemerlang dari segi sosial dan emosi. Keghairahan masyarakat terhadap budaya ‘A’ seharusnya mencakupi integrated knowledge, iaitu kesepaduan ilmu yang menyeluruh, merangkumi keseluruhan sistem hidup.
Dengan demikian, kes bunuh diri dalam kalangan pelajar mungkin dapat dikurangkan kerana para pelajar menyedari peranan mereka masih belum berakhir sekalipun gagal dalam akademik.
Artikel oleh: MOHD. FAISAL MUSTAFFA | Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya,
Kuala Lumpur
This is a Blogspot for PTA/PIBG of Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara (1)
Announcement
Friday, May 28, 2010
Monday, May 24, 2010
Peringatan Kepada Ibubapa
Hj. Zulkifli Hassan - NYDP
Salam dan good day.
Kepada ibubapa yang ingin berurusan dengan pihak sekolah, kami ingin memohon kerjasama Tuan/Puan supaya mengikuti peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah. Perkara ini perlu di maklumkan disini berikutan beberapa insiden atau kejadian yang telah berlaku sebelum ini.
Ada beberapa perkara yang telah dibangkitkan berhubung kait dengan sikap sesetengah ibubapa yang kurang perihatin terhadap garis panduan yang telah ditetapkan seperti:
1. Peraturan meletak kenderaan ketika menurunkan dan menunggu anak-anak disekitaran kawasan sekolah. Tuan/Puan diminta menggunakan kebijaksanaan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kerumitan yang mungkin akan timbul.
2. Peraturan memasuki kawasan sekolah - ibubapa diminta meletakan kenderaan di luar kawasan sekolah dengan baik dan melapurkan diri di bilik kawalan keselamatan. Pengawal keselamatan yang bertugas akan memaklumkan kepada pihak sekolah hajat Tuan/Puan samada melalui talifon atau "escort" Tuan/Puan kepejabat sekolah. Kita harus ingat bahawa limit kita hanya setakat pejabat sekolah sahaja. Kita dilarang sama sekali pergi menemui anak-anak kita di bilik darjah mereka ketika sesi sekolah sedang berlangsung (school hours).
3. Aduan (Complaint) dari anak-anak kita berkenaan dengan sekolah - kita harus menilai dan menentukan kesahihan aduan dari anak-anak kita terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang tindakan yang kurang bijak seperti "menyerang" individu-individu tertentu atau membuat sebarang kenyataan rambang yang boleh mencetuskan ketegangan diantara pihak-pihak yang tertentu. Konsep "mesyuarah" adalah yang terbaik.
Ibubapa disarankan supaya menggunakan saluran yang sedia ada seperti PIBG untuk mengemukakan syor atau cadangan yang membangun demi untuk kesejahteraan anak-anak kita. Pihak PIBG telah pun menyediakan beberapa kemudahan seperti emel dan blog/forum untuk ibubapa menyalurkan pandangan mereka. Gunakan lah kemudahan-kemudahan ini dengan sebaik mungkin.
Sekian. Terima Kasih.
Nota: Artikel ini adalah pandangan saya semata-mata (no offence intended).

Friday, May 21, 2010
Gotong Royong Perdana Sempena Hari Guru
Tarikh: 15 Mei 2010
Jam: 8.00 - 10.00 pagi
Gotong-royong perdana sempena hari guru telah dijalankan pada Sabtu lalu. Murid dan guru dibahagikan kepada kumpulan mengikut kelab masing-masing untuk membersihkan dan menceriakan kawasan yang telah ditetapkan.
Gotong-royong telah berjalan dengan lancar dan jayanya. SYABAS KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT.

Ceramah Motivasi Pelajar

Tarikh : 14 Mei 2010
Masa : 10.00 pg - 12.35 tgh hari
Pengurus Projek (kem motivasi pelajar bukan islam): Unit Bimbingan dan Kaunseling
Ceramah motivasi ini diadakan khas untuk pelajar bukan islam yang mempunyai masalah dalam pembelajaran secara percuma. Beberapa kelas yang agak lemah dikenal pasti untuk ceramah motivasi ini.
Kem Ibadah Solat

Tarikh : 14 Mei 2010 bermula 4.00 ptg - 15 Mei 2010 jam 12 tgh hari
Pengurus Projek: Panitia Pendidikan Islam.
Objektif: Kem ibadah solat diadakan bertujuan sebagai kem motivasi kepada para pelajar muslim selain mendidik para pelajar agar lebih sempurna dalam menjalankan ibadah untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Kem ini turut ditaja oleh seorang bapa yang bermurah hati untuk memberi sumbangan wang tunai. Pihak sekolah ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga di atas kesudian beliau itu. TERIMA KASIH DAUN KELADI...
Subscribe to:
Posts (Atom)