Sukacita saya merujuk perkara di atas.
2. Dengan segala hormatnya tuan/puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
- Tarikh : 31 Mac 2012
- Masa : 10 pagi
- Tempat : Dewan Budiman SMKBSD1
3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut :
- 3.1 Ucapan Pengetua SMKBSD1.
- 3.2 Ucapan Yang DiPertua PIBG sesi 2011/2012.
- 3.3 Membaca dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali Ke-7.
- 3.4 Perkara-perkara berbangkit.
- 3.5 Membentang dan menerima Laporan Tahunan.
- 3.6 Membentang dan menerima Penyata Kewangan.
- 3.7 Pembubaran AJK PIBG Sesi 2011/2012 dan Perlantikan Pengerusi Sementara.
- 3.8 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2012/2013.
- 3.9 Membentang dan Membahaskan Usul.
- 3.10 Ucapan penangguhan.
4. Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir untuk menjayakan Mesyuarat Agung tersebut.
5. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan usul dan slip kehadiran tuan/puan untuk dikembalikan kepada Setiausaha Kehormat PIBG melalui guru tingkatan anak tuan/puan selewat-lewatnya pada atau sebelum 09 Mac 2012 ( Hari Jumaat). Usul tuan/puan juga boleh dihantar melalui emel vicky_boyi@yahoo.com. Klik disini.
6. Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menurut Perintah,
…………………………………………………………
(VIKNESWARAN A/L LOGANATHAN)
Setiausaha Kehormat
PIBG SMKBSD1