Announcement

Assalamualaikum w.r.t and Good Day .... SELAMAT DATANG KE BLOG KAMI... MAKLUM BALAS DARI IBUBAPA ATAS APA SAJA ISU BERKAITAN SEKOLAH..AMAT KAMI HARGAI..TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN TN/PN

Terima Kasih dari Biro Komunikasi PIBG SMKBSD1

Wednesday, August 25, 2010

Majlis Berbuka Puasa

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa, Solat Terawih dan Solat Hajat PMR/SPM pada:

  • Tarikh: 26 Ogos 2010 / 16 Ramadhan 1431H

  • Hari/Masa: Khamis/7:00pm - 10:00pm

  • Tempat: Dewan Budiman SMKBSD1


  • Sehubungan itu kami amat berbesar hati menjemput tuan/puan hadir ke majlis tersebut. Harapan kami kehadiran tuan/puan dapat memeriahkan majlis ini dan memberi motivasi terutama kepada anak-anak kita yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.

    Kerjasama serta sokongan tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

    Sunday, August 22, 2010

    Jawapan Aduan Seminar SKOR A SPM dan PMR 2010

    Tarikh: 19 Ogos 2010

    Kepada,
    Sesiapa yang berkenaan.

    Tuan/Puan,

    RUJ: JAWAPAN ADUAN SEMINAR SKOR A SPM DAN PMR 2010

    Merujuk kepada perkara di atas, kami sebagai penyelaras Program Seminar Skor ‘A’ SPM dan PMR bagi tahun 2010 ingin memberi penjelasan mengenai aduan yang diterima.

    2. Berikut merupakan beberapa penjelasan yang berkaitan dengan program Seminar Skor ‘A’ SPM dan PMR tahun 2010:

    2.1 Program ini pernah dijalankan di luar waktu P&P pada tahun 2009, sebelah petang iaitu pada waktu kokurikulum. Apa yang pihak sekolah dapati kehadiran pelajar sangat mendukacitakan. Kehadiran pelajar tidak sampai 50%. Untuk mata pelajaran Matematik PMR hanya 25 orang pelajar sahaja yang hadir sedangkan penceramah jemputan dari sekolah lain dibayar oleh pihak sekolah dan PIBG.

    2.2 Pada tahun 2007 dan 2008 program ini dijalankan pada waktu P&P dan didapati semua pelajar hadir kerana mereka tidak boleh ponteng memandangkan waktu itu adalah waktu persekolahan dan tidak ada sebarang aduan yang kami terima.

    2.3 Sebagai penambahbaikan pada tahun ini, pihak sekolah memutuskan untuk menjalankan program ini pada waktu P&P supaya pelajar dapat hadir dan tidak ponteng.

    2.4 Untuk pengetahuan pihak Tuan/ Puan, tempoh masa untuk sesi seminar bagi setiap mata pelajaran (teras sahaja) adalah 1 jam 30 minit dan hanya sekali bagi setiap mata pelajaran.

    2.5 Tuan/ Puan dialu-alukan memberikan cadangan penambahbaikan untuk tahun-tahun akan datang agar dapat memberi manfaat kepada semua pelajar kerana objektif pihak sekolah ialah meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar.

    2.6 Berikut kami senaraikan subjek-subjek PMR dan SPM yang telah diadakan seminar pada tahun ini
    - Bahasa Inggeris PMR - 15 Julai 2010
    - Bahasa Cina PMR - 16 Julai 2010
    - Bahasa Melayu PMR - 4 Ogos 2010
    - Sains dan Matematik PMR -10 Ogos 2010
    - Pendidikan Moral SPM - 29 Julai 2010
    - Sejarah SPM - 2 Ogos 2010
    - Bahasa Melayu SPM - 10 Ogos 2010

    Semoga mendapat perhatian daripada pihak Tuan/ Puan.

    Sekian terima kasih.

    Saya menjalankan tugas,


    ………………………………………….
    (CHEW BEE LEAN)
    Penyelaras Seminar Skor A PMR.


    ..................
    (SURIANI MAHMAD)
    Penyelaras Seminar Skor A SPM.

    sk. Unit Akademik
    Fail UBK SMKBSD1.